Saturday 9 June 2012

PRA UNIVERSITI

Assalamualaikum
pada kali ini aku ingin menceritakan pengalaman hidup bagaimana aku boleh terjebak dengan form 6 atau nama eksklusif nya Pra Universiti..Bermula dengan keputusan Spm aku yang tak memberangsangkan,hal itu menyebabkab segala permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA ditolak..hurmm sedeyh tapi kita perlu redha mungkin Allah telah kafarah kan dosa kita terhadap nya..Alhamdulillah akhirnya aku telah dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di sebuah sekolah di daerah Hulu Perak..Pada mulanya ku sangkakan pembelajaran di sini agak mudah dan rugi berbanding pembelajaran di Universiti..rupanya hampir serupa hanya dibezakan uniform dan waktu pembelajaran sahaja..ada untung nya menyambung pelajaran di tingkatan ini..salah satunya ialah kita dapat menyingkatkan masa pembelajaran kita..lagipun layanan guru atau lecturer di sekolah lebih open jika nak dibandingkan dengan tenaga pengajar di Universiti atau politeknik atau institysi pengajian tinggi yang lain..malah tingkatan 6 ini juga menjadi medan untuk kita menguji samaada kita mampu atau tidak dalam menjalani ehidupan sebagai mahasiswa atau siswi di Universiti kelak..lagipun bila aku terjebak dengan tingkatan 6 ni maka ak berkenalan dengan seorang gadis ini..rupa tidak secantik bidadari,harta tidak sebanyak pemain bola sepak professional antarabangsa..tapi suaranya agak manja-manja rupanya agak hitam-hitam manis,mempunyai sifat kelakar,susah untuk tersentuh perasaan dan yang paling penting mempunyai ilmu agama yang agak kuat...Alhamdulillah syukur kepada ILAHI kerana si dia belum berpunya(jangan kacau line nah)..Walaupun masih muda dan belum sampai masa untuk aku berkongsi hidup dengannya namun jauh disudut hati ini meminta agar masa kehidupan ini dicepatkan agar dia dan aku bisa bersama mengharungi baki hidup di dunia bersama-sama..cuma apa yang pasti aku dan dia belum bersedia untuk berkongsi hidup bersama..Walaupun perhubungan kami ini tidak seperti pasangan kekasih tapi apa yang pasti aku sudah memasang niat yang aku dan dia akan dapat meneruskan hubungan yang kekal di dunia suatu hari nanti..Tapi Jodoh ajal dan maut ketentuan Tuhan..manakan sama dengan perancangan manusia biasa seperti hamba yang lemah ini..sudah cukup sampai disitu..Baru-baru ini aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajara ke sebuah institusi pengajian bertaraf kolej iaitu Kolej Komuniti di Bera Pahang dalam bidang Asuhan Ikan..Jauh  disudut hati ini mengatakan ingin kesana kerna dari kecil aku sangat sukakan ikan..tapi apabila difikirkan kembali kos perjalanan,sara hidup dan perubahan budaya di kawasan pedalaman yang tidak pernah aku terokai ini mungkin akan menjerat hidup aku nanti..jadi sekarang ini kemungkinan untuk tetap di tingkatan 6 tu lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan mana-mana institusi pengajian yang lain...cuma terniat dihati untuk menceburi ilmu agama lebih mendalam di pondok..mungkin pendapat individu kini mengatakan peluang untuk hidup sebagai seseorang lulusan pondok itu amat sukar namun jika diperhatikan kembali para=para ulama itu lahirnya dari pondok bukan dari UIA,UPM,USM atau mana-mana Universiti di Malaysia..ada ustaz-ustaz yang lahir dari Universiti cuma aku rasa para ulama akan dirujuk dahulu dan ilmu nya akan diguna pakai oleh seseorag ustaz..bukan niat na jadi ulama yang disanjung cuma mungkinpengajian di pondok ini dapat mematangkan atau mendewasakan pemikiran kita,..jika dilihat di negara kita ini,golongan-golongan agama ini semakinberkurangan dan golongan artis dan penghibur kian bertambah hari demi hari...jadi sebgai seorang muslim aku rasa aku ingin untuk menceburi bidang keagamaan kerana apa-apa yang mahu dilakukan di dunia fana ini perlu berlandaskan syariat dan hukum hakam agama..Si dia pula dengar cerita mahu melanjutkan pelajaran di sebuah maahad TAHFIZ di negara ini..Alahamdulillah syukur rasanya jika ia pergi..Rindu itu perkara biasa bagi manusia..lelaki ini fitrahnya suka melihat wanita cuma lelaki juga tahu untuk setia..aku pon sama sahaja dengan lelaki di luar sana..mungkin perbezaan antara aku dgn lelaki yang lain aku ini lebih nakal dan degil..haha...adat la tu..hihihi..Tingkatan 6 pon ada kebaikan nya cuma kita sebgai seorang pelajar harus tekun dan sabar dalam menempuhi apa jua rintangan yang melanda andai mahu berjaya di dunia dan akhirat..kesimpulannya beljar lah di mana-mana pun kerna ilmu itu tidak akan habis dipelajari oleh manusia walaupun manusia itu secerdik mana sekalipun..P/S jangan ikut kawan..masa hadapan mu terletak ditangan mu bukan ditangan rakanmu..itu shaja yang dapat aku kongsikan..andai yang dpat baca sampai habis tu terima kasih dan alhamdulillah..yang ta habis tu tidak mengapa ..aku tidak memaksa ...sekian terima kasih Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment