Saturday, 4 August 2012

ramdhan dan tarawih

Bulan ramdhan bulan yang berkat,
Bulan rahmat dan bulan utama,

pahala digandakan doa diterima
Bulan LailatulQadar yang istimewa..

Itulah satu petikan lagu dari sebuah kumpulan nasyid yang popular di Malaysia.
Lagu ini membincangkan tentang kelebihan bulan puasa dan ganjaran yang diperoleh andai kita melakukan ibadah di dalam bulan ini

Sebagaimana yang diwajibkan ke atas kita umat islam iaitu berpuasa..
Merupakan Rukun Islam yang ke 3, puasa mengajar kita untuk bersabar dalam menghadapi rintangan dunia dan melawan nafsu. Pada bulan puasa kita diibaratkan sedang mengambil sepakan penalti dalam permainan bolasepak. Ini kerana Musuh kita selama ini Syaitan telah direjam sepanjang Bulan Ramdhan ini.. Adakah kita mampu untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut?? hanya berhadapan dengan penjaga Gol.. Kemampuan kita terletak pada kekuatan kita melawan Nafsu.. 

Nafsu??
1)mampukah kita melawan nafsu untuk berpuasa?
2) mampukah kita melawan nafsu untuk tidak melihat perkara-perkara mungkar?
3)mampukah kita menghindari dari mendengar gosip yang fitnah semata-mata??



Bulan Puasa ini kita akan dihidangkan dengan berita-berita yang tidak menyenangkan hati.

baru seminggu berpuasa sudah kedengaran kanak-kanak putus tangan,kaki dan buta mata akibat bermain mercun.. Ada pula yang kemalangan seusai membeli baju raja. Ada pula dibuang di dalam longkang setelah dilahirkan! Tong sampah pula penuh dengan sisa-sisa makanan yang dibeli mengikut hawa nafsu.. Tetapi adakah kita sedar Masjid-Masjid di malaysia ini hanya dipenuhi pada Minggu pertama.. Minggu ke dua dan seterusnya ada yang sibuk menyediakan persiapan raya.. Apa guna jika barangan raya yang dibeli tidak sempat dipakai oleh kerana kecuaian kita memandu pulang ke kampung halaman? Kenapa mesti Bulan puasa yang Mulia ini dicemari kemalangan maut dan sebagainya?? adakah Bulan Puasa medan Membunuh diri di JALANAN?

Sedarkan anda??
Ada umat islam di dunia kini terpaksa berpuasa tanpa berbuka tanpa bersahur?
Ada umat islam ditembak dihadapan isteri tanpa sebab yang munasabah?
Ada umat islam dirampas hak kawasan negara mereka
Ada umat islam di aniaya oleh pemimpin yang mereka hormati dulu
Ada umat islam bertarung nyawa hari demi hari
sedarkah anda????



Kita masih boleh mengenal apa itu FACEBOOK

Kita masih boleh mengenal apa itu TWITTER
Kita boleh memaksa ibu membeli GALAXY S III
Kita boleh memaksa bapa membeli PROTON PREVE

Tapi!!

Apa yang mereka tahu hanyalah senapang,batu,lastik,air,sedikit roti dan SYAHID!!